Che Pee Samsudin Akauntan Negara Baharu

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 4:40 PM

Che Pee Samsudin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan, Datuk Che Pee Samsudin dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa Isnin.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, Che Pee, 57, menggantikan Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman yang bersara wajib pada 18 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, Isnin, beliau berkata, pelantikan Che Pee adalah berdasarkan ciri-ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki oleh pegawai khususnya dalam perakaunan.

"Saya percaya Che Pee akan dapat memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas sebagai Akauntan Negara dengan penuh integriti dan profesional khususnya dalam menyedia dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam," katanya.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Che Pee telah lebih 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan mula dilantik sebagai Akauntan pada 5 Jan 1982.

Antara jawatan yang pernah disandang Che Pee ialah Bendahari Negeri Kedah, Akauntan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Peminjaman), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Peminjaman), Langkawi Development Authority (Peminjaman), Bahagian Pemajuan Sumber Perakaunan Jabatan Akauntan Negara dan Akauntan Negara Cawangan Perlis.

Ali juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Wan Selamah atas segala sumbangan dan khidmat yang diberi sepanjang memegang jawatan sebagai Akauntan Negara.

Tags / Kata Kunci: Che Pee , akauntan negara , Ali Hamsa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan