Shahril Mokhtar Mulakan Tugas CEO MRT Corp - Berita Semasa | mStar

Shahril Mokhtar Mulakan Tugas CEO MRT Corp

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 8:03 PM

Shahril Mokhtar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Isnin memulakan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Shahril, yang sebelum ini menduduki kerusi Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Malaysia Bhd, mengambilalih tugas Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, yang meletak jawatan tahun lepas.

Dalam satu kenyataan di sini, Isnin, MRT Corp berkata, Sharil memulakan hari pertamanya menerusi mesyuarat bersama barisan pengurusan yang disusuli pertemuan dengan Pengerusi syarikat, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Shahril menegaskan, keutamaannya adalah mengekalkan momentum kelancaran pembangunan projek MRT bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang, yang kini mencecah 57.62 peratus sehingga 15 Disember lepas.

"Selain memastikan kelancaran pembinaan Laluan Sungai Buloh-Kajang, MRT Corp juga dalam proses untuk memulakan projek pembinaan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

"Saya difahamkan, pameran umum bagi projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dijangkakan dapat dimulakan pada Mac," katanya.

Tags / Kata Kunci: MRT Corp
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan