AirAsia QZ8501: Carian Diperluas Ke Arah Timur

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN/JAKARTA: Pencarian Penerbangan AirAsia QZ8501 Indonesia kini diperluas ke arah timur di Laut Jawa pada Isnin.

Pencarian ke arah timur dibuat sehari selepas Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menyuarakan keyakinan bahawa kotak hitam pesawat itu terletak berhampiran objek besar yang ditemui pasukan penyelamat.

"Hari 9: Sektor pencarian diperluas ke timur, mengambil kira pergerakan arus ke timur pada kadar 1 knot," kata Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter pada pagi Isnin.

Cuaca buruk menghalang operasi pemulihan setakat ini, kata seorang pegawai.

"Kotak hitam tidak boleh berada jauh daripada lima objek penting yang kami temui," kata Ketua Basarnas, Bambang Soelistyo ketika taklimat media di ibu pejabat agensi itu di Jakarta pada lewat Ahad.

Tambah beliau kesukaran yang dihadapi pasukan pemulihan ialah 'lumpur yang berada di dasar laut'.

Selain itu beliau turut mengesahkan bahawa 34 mayat telah ditemui setakat ini.

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 28 Disember lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura dengan membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Ia terhempas di kawasan perairan Pangkalan Bun di Kalimantan, Indonesia.

Tags / Kata Kunci: AirAsia QZ8501

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan