1MDB Umum Pelantikan Arul Kanda

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia, mengumumkan pelantikan Arul Kanda Kandasamy sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abd Rahman yang akan meletak jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta anggota Lembaga Pengarah, sebagai sebahagian pelan peralihan.

Lembaga Pengarah juga mengumumkan 1MDB akan melaksanakan semakan semula strategik bagi meneroka dan menentukan langkah seterusnya yang membolehkan syarikat memaksimumkan pulangan bagi semua pemegang kepentingan.

1MDB berkata ia akan memaklumkan pasaran mengenai hasil semakan semula strategik itu apabila tiba masanya.

Pengerusi Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata Arul Kanda membawa bersama pengalaman dari dunia kewangan serta mempunyai rekod cemerlang dalam mentrasformasi perniagaan. 

"Kepakaran beliau akan menjadi harta tidak ternilai kepada 1MDB ketika melaksanakan semakan semula strategik perniagaan yang objektifnya memastikan 1MDB berada di kedudukan terbaik untuk merealisasikan sepenuhnya nilai daripada portfolio pelaburan dan memenuhi objektif ekonomi lebih luas," katanya. 

Arul Kanda merupakan pemimpin pengurusan kanan dan ahli perbankan pelaburan dengan pengalaman luas dalam kewangan berstruktur, kewangan korporat dan penstrukturan semula di pelbagai pasaran termasuk London, Timur Tengah dan Malaysia. 

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Abu Dhabi Commercial Bank itu sebelum ini pernah berkhidmat di Barclays Capital dan Credit Agricole.

Anak Malaysia ini juga merupakan anggota Lembaga Global Investment House (Kuwait) dan anggota Lembaga/Jawatankuasa Pelaburan ADCB Macquarie Infrastructure Fund.
 
Beliau pernah berkhidmat dalam lembaga pengarah RHB Investment Bank Bhd. 

Lodin berkata sudah tiba masa untuk 1MDB itu menutup mulut pengkritik dan merealisasikan objektif yang ditetapkan.

Beliau turut menambah 1MDB berhasrat menyemak keseluruhan alternatif strategik dan kewangan bagi memperoleh nilai tertinggi. 

"1MDB akan meneruskan inisiatif yang sedang dilaksana, meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik prestasi kewangan kami ketika proses ini dijalankan," katanya.

Sebagai presiden baharu, Arul Kanda berkata tugas pertamanya ialah melaksanakan semakan semula strategik menyeluruh terhadap operasi syarikat.

Arul Kanda juga peguam bertauliah UK dengan Sarjana Muda Undang-Undang dari London School of Economics dan Sarjana Undang-Undang dari University College London.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Arul Kanda

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan