Kakitangan Awam Johor Tetap Terima Bonus Esok

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Penjawat awam negeri Johor tetap menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 mulai esok, kata Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat pekeliling yang diedarkan secara meluas melalui aplikasi Whatsapp.

Bagaimanapun, Ismail mengesahkan pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di kerajaan negeri, akan mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran bonus.

"Memang ada terima surat itu. Ia daripada Jabatan Akauntan Negara.


"Bagaimanapun, ia merujuk kepada pembayaran bonus pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di negeri.

"Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal," kata beliau ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Surat yang bertarikh hari ini (4 Januari) menyebut mengenai tarikh pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahunan 2014 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tags / Kata Kunci: kakitangan awam , Johor , bonus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan