SUPP Bukan Parti Milik 'Taukeh' - Presiden

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 5:39 PM

Dr Sim Kui Hian

(Ubah saiz teks)

SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian berkata parti itu sedang giat melakukan transformasi agar ia menjadi parti milik orang biasa dan menghapuskan imejnya sebagai parti dikuasai hartawan atau individu tertentu.

Katanya transformasi itu akan memberi kuasa kepada orang ramai kerana setiap suara akan didengar dan masalah mereka akan ditangani.
 
"Ertinya, parti ini bukan lagi kepunyaan para 'taukeh'," tegas Dr Sim serta menjelaskan bahawa beliau memerlukan bantuan seluruh anggota untuk mengukuhkan parti itu dan untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Ahli politik yang mendapat latihan sebagai pakar jantung ini berkata oleh kerana setiap isu yang menjejaskan orang ramai akan turut menjejaskan SUPP, maka anggota parti itu tidak boleh lagi membuang masa, tetapi segera bertemu orang ramai untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata demikian pada majlis memasang papan tanda 'SUPP Cawangan Dudong' di premisnya, yang beralamat di 4H-4I, Aras 2, Jalan Aman, di sini hari ini.

Dr Sim memuji mereka yang terus setia dengan SUPP, walaupun tidak mendapat sebarang 'kantau' (keuntungan wang ringgit) daripada parti itu.
 
"Saya sendiri pun tidak mendapat kontrak perniagaan atau memiliki lesen membalak. Gelaran senator yang saya dapat, bukan untuk saya, tetapi untuk parti agar saya boleh bersuara untuk orang ramai di Dewan Negara," katanya.

Terdahulu, pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck menceritakan tentang keadaan pada tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an apabila parti itu menjadi milik orang kebanyakan di Sarawak.
 
"Selepas itu, datang syarikat dan orang kaya menguasainya pada tahun 1990-an hingga menyukarkan orang biasa untuk menjadi pemimpin. Perkara ini tidak akan berulang dan para pemimpin juga tidak akan lagi berjuang untuk diri sendiri, tetapi untuk parti dan orang ramai," katanya.

Beliau juga menggesa anggota di peringkat cawangan supaya merapatkan barisan dan bekerja keras untuk merampas kerusi dewan undangan negeri Dudong daripada pembangkang pada pilihan raya negeri ke-11 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun 2016.
Tags / Kata Kunci: SUPP , Dr Sim Kui Hian

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan