Bas JPN Bantu Mangsa Banjir Mohon KP, Sijil Lahir Berlepas

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 12:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebuah bas Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berlepas ke Pantai Timur dari sini bersama lebih 200 sukarelawan warga kerja JPN melalui Misi Ihsan Banjir jabatan berkenaan pada Ahad.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN, Datin Seri Elena Chiang Abdullah, yang mengetuai misi berkenaan berkata, bas berkenaan akan berhenti di beberapa lokasi yang sesuai di Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi memberi peluang kepada mangsa banjir membuat permohonan MyKad dan mendapatkan salinan Sijil Kelahiran.

"Mangsa banjir boleh memilih pejabat JPN terdekat untuk mengambil MyKad dan salinan Sijil Kelahiran yang dipohon apabila dokumen berkenaan siap kelak," katanya kepada pemberita sebelum konvoi misi berkenaan berlepas dari ibu pejabat JPN di sini.

Beliau berkata warga kerja JPN yang menyertai misi berkenaan adalah mereka yang bertugas di pejabat JPN di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Misi Ihsan Banjir JPN membawa bahan makanan, peralatan memasak, peralatan untuk mencuci dan air mineral. Sebahagian daripada anggota misi ini akan ke Perak sementara yang lainnya ke negeri-negeri di Pantai Timur," katanya sambil menambah misi berkenaan dijangka mengambil masa seminggu.

Elena berkata objektif utama misi tersebut ialah membersihkan pejabat-pejabat JPN yang dilanda banjir selain membantu membersihkan kuarters warga kerja JPN dan kediaman penduduk di kawasan sekitar.

Katanya, antara pejabat JPN yang teruk dilanda banjir ialah di Tanah Merah, Kelantan di mana air banjir hampir mencecah bumbung pejabat JPN dan kediaman warga kerja yang berhampiran. 


Tags / Kata Kunci: Jabatan Pendaftaran , Banjir

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan