Semua Sekolah di Terengganu Dibuka Untuk Sesi Persekolahan 11 Januari Ini

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 7:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kesemua 91 buah sekolah yang dilanda banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Terengganu dijangka boleh beroperasi seperti biasa menjelang hari pertama sesi persekolahan 2015 pada 11 Januari ini. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata kerja gotong-royong kini sedang giat dijalankan untuk membersihkan semua sekolah tersebut dengan kerjasama ramai sukarelawan dari seluruh negara. 
 
"Jika tiada halangan, kita jangkakan kerja gotong-royong ini akan selesai menjelang Selasa ini dan jabatan berterima kasih dengan kerjasama semua pihak yang membantu membersihkan kawasan sekolah terlibat," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Dungun mencatatkan jumlah sekolah yang paling banyak terjejas banjir serta dijadikan pusat pemindahan sementara iaitu sebanyak 26 buah, diikuti Kemaman (21), Kuala Terengganu (18), Besut (14), Marang (lima), Hulu Terengganu (empat) dan Setiu (tiga). 

Ditanya mengenai jumlah kerugian yang dihadapi berikutan bencana banjir baru-baru ini, Zakaria berkata jabatan masih menunggu laporan dari sekolah yang terlibat mengenai anggaran kerosakan.

"Seterusnya jabatan akan mengemukakan laporan itu kepada Kementerian Pendidikan untuk permohonan peruntukan bagi kos membaiki dan mengganti peralatan yang rosak," katanya.

Sesi persekolahan 2015 di Terengganu sepatutnya bermula hari ini, namun ditangguhkan oleh Kementerian Pendidikan selama seminggu untuk memastikan semua sekolah benar-benar pulih dari banjir. 

Tags / Kata Kunci: sesi persekolahan , Terengganu

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan