NUTP Sokong Cadangan Yuran Sekolah Ditangguhkan

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan yuran persekolahan bagi anak mangsa-mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata NUTP menyokong cadangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya pembayaran yuran itu ditangguhkan.

"Kita (NUTP) setuju dengan cadangan itu kerana ia dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa yang tidak mampu nak bayar yuran selepas dilanda banjir teruk. Saya juga meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menangguhkan yuran PIBG buat sementara waktu kepada mangsa banjir.

"Yuran berbagai, termasuk yuran PIBG biasanya boleh bermula kurang daripada RM100 sehingga RM200 untuk seorang pelajar bergantung kepada sekolah dan PIBG," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau turut meminta NGO dan syarikat swasta supaya tampil ke hadapan menghulurkan bantuan kepada pelajar yang dilanda bencana banjir yang melibatkan lebih 200,000 mangsa di seluruh negara, terutamanya di Pantai Timur.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan bahawa Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli mencadangkan Kementerian Pelajaran menangguhkan yuran persekolahan kepada ibu bapa dan pelajar yang tidak mampu.

Ia bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir kerana sebahagian besar gaji bagi bulan ini terpaksa digunakan untuk keperluan hidup yang lebih asas untuk membina hidup baharu selepas segala harta benda mereka musnah akibat banjir.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, yang turut menyokong cadangan tersebut berkata, penangguhan itu harus diberikan kepada mereka yang terjejas dengan bencana banjir sahaja.

"Cadangan ini sangat bagus kerana terdapat banyak pihak yang terjejas teruk dengan banjir kali ini. Saya ingin meminta kerajaan supaya memberikan penangguhan yuran ini kepada sekolah-sekolah dan kawasan yang betul-betul terjejas dengan banjir sahaja," katanya.

Selain itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut menyokong cadangan itu kerana dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penjawat awam yang terjejas.

Presidennya Datuk Azih Muda turut meminta kerajaan supaya menyumbangkan keperluan persekolahan seperti pakaian sekolah, beg, kasut dan alat tulis kepada mangsa-mangsa banjir.

"Selain itu, saya juga meminta kerajaan supaya mempercepatkan pembayaran bonus kepada penjawat awam, iaitu sebelum 10 Jan ini bagi meringankan beban mereka. Kerajaan harus faham keperitan rakyat yang terdesak dalam situasi ini.

"Terdapat Kerajaan Negeri yang sudah membayar bonus kepada kakitangan di bawah kerajaan negeri berkenaan, harap Kerajaan Persekutuan juga berbuat demikian," katanya.

Tags / Kata Kunci: NUTP , Banjir , Yuran Sekolah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan