Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Bermula Ahad

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 11:03 AM

Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjawab soalan media di Bangunan Parlimen. -fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad melancarkan 'Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan' dan 'KL Car Free Morning 2015'.

Menurut Tengku Adnan, kempen Kibar Bendera Wilayah Pesekutuan selama sebulan itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 1 Feb ini dan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan wilayah tersebut.

"Bagaimapun sambutan Hari Wilayah Pesekutuan kali ini tidak diadakan secara berlebihan dan pembaziran kerana kita sedar negara sedang hadapi kesusahan khususnya di kawasan yang dilandar banjir," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata Program 'KL Car Free Morning' yang masuk tahun kedua pelaksanaannya akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan mulai tahun ini berbanding hanya pada Ahad minggu pertama pada tahun lepas.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam usaha untuk membina laluan basikal tambahan di bandar raya ini.

"Kita akan sediakan laluan berbasikal di dalam kawasan bandar pula iaitu di sekitar Jalan Raja Laut dan Bukit Bintang kerana kita sedar orang ramai sudah mula berkayuh dalam bandar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bendera , Wilayah Persekutuan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan