Banjir: Jumlah Mangsa Menurun Pagi Ahad

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa di negeri-negeri terlibat banjir terus mencatat penurunan positif kepada 50, 497 orang pagi ini berbanding 55,919 orang malam Sabtu.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,876 orang di tujuh daerah terjejas setakat 10 pagi ini berbanding 39,158 orang malam Sabtu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, tujuh daerah yang terjejas itu ialah Temerloh kini menempatkan 14,270 orang, Pekan (11,030), Bera (2,693), Jerantut (2,510), Maran (2,149), Kuantan (1,115) dan Lipis (109).

Di KELANTAN, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 9, 175 orang daripada 2,208 keluarga pagi ini berbanding 9,224 orang daripada 2,189 keluarga malam Sabtu.

Menurut Majlis Keselamatan Negara Kelantan, jumlah yang direkod melibatkan 1,508 mangsa di Tanah Merah, Kuala Krai (3,094), Machang (2,419) dan 2,154 mangsa di Gua Musang.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir juga menurun sedikit kepada 6,194 orang daripada 1,703 keluarga pagi ini, berbanding 6,412 orang daripada 1,751 keluarga pada Sabtu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa di kawasan Perak Tengah kini 4,851 orang, Kuala Kangsar (251), Hulu Perak (648), Hilir Perak (289) dan 155 orang di Manjung.

Bagaimanapun di SABAH memperlihat sedikit peningkatan daripada 1,023 orang malam Sabtu kepada 1,150 orang pagi Ahad.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah, 909 orang daripada 254 keluarga adalah di daerah Kudat, Pitas (221 orang) dan Kota Belud (20 orang).

Sementara di JOHOR, mangsa banjir kekal 58 orang pagi ini manakala di TERENGGANU, hanya tinggal 44 mangsa banjir daripada 11 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau di Dungun.


Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan