Henti Sebar Berita Palsu, Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia seharusnya menjaga sensitiviti mangsa banjir dan bukannya menyebarkan berita palsu sehingga menjadi viral di media sosial mengenai bencana alam yang melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sebaliknya, rakyat harus bersatu membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

"Jangan kita melukakan (mangsa banjir) di saat mereka menghadapi musibah banjir, kita pula menambah perkara yang boleh menimbulkan kerisauan dan kecemasan kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Kembara Jalinan Kasih Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M) Pasca Banjir, Jabatan Penerangan di Bangunan Komunikasi dan Multimedia di sini, Ahad.

Ibrahim turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tersebar di media sosial.

"Semak dahulu sama ada ia daripada sumber yang sahih atau tidak," katanya menambah bahawa jabatan itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau penyebaran berita palsu di laman sosial.

Beliau berkata Jabatan Penerangan akan memperbetulkan berita palsu berkenaan dan menyalurkan maklumat yang lebih tepat dan terkini seperti soal keselamatan, keadaan jalan dan juga bantuan yang disampaikan kepada mangsa banjir.

Katanya, terdapat sebanyak 13 buah bilik media di lokasi banjir yang menyalurkan maklumat terkini berkenaan keadaan banjir kepada pihak media agar masyarakat mendapat maklumat yang sahih.

Sementara itu, mengulas mengenai Kembara Jalinan Kasih Sukarelawan K1M, Ibrahim, yang mengetuai kembara itu disertai 160 sukarelawan dengan 26 buah kenderaan, tiga buah lori dan sebuah van, akan ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Selain melakukan gotong-royong membersihkan pejabat Penerangan daerah, dewan orang ramai, sekolah, masjid dan rumah penjawat awam yang terjejas banjir, kembara itu juga akan menyampaikan sumbangan dan bantuan serta khemah kepada mangsa banjir.


Tags / Kata Kunci: Jabatan Penerangan , Banjir , Kelantan

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan