Indonesia Terima Tawaran Singapura Hantar Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Indonesia menerima tawaran Singapura bagi penghantaran pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) pada Jumaat (2 Januari). 

Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura Masagos Zukifli menyertai anggota keluarga untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasukan DVI yang berlepas ke Surabaya di Lapangan Terbang Changi pada 3 petang.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kementerian Pengangkutan, pasukan DVI, terdiri daripada dua pakar forensik dari Pihak Berkuasa Sains Kesihatan dan enam pegawai dari Pasukan Polis Singapura, akan membantu rakan mereka di Indonesia dalam proses pengecaman identiti mangsa.

Di samping itu, kapal korvet peluru berpandu Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS Valour, yang mulanya dijadual berlepas ke Singapura semalam, ditugaskan semula untuk membantu dalam operasi mencari selepas anggota misi yang menaiki helikopter Super Puma Tentera Udara Singapura mengesan sesuatu.

Kapal itu dijadual bertolak ke Singapura malam ini. 

Kelima-lima kapal RSN melancarkan operasi mencari di kawasan pencarian pada Sabtu. Mereka telahpun menjumpai barangan peribadi dan serpihan pesawat.

Tags / Kata Kunci: proses pengecaman mangsa , Air Asia , QZ8501

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan