Penambahaikan Pada Jambatan Di Kawasan Terjejas Banjir Yang Dibina Semula

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 6:13 PM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) semasa melakukan lawatan kerja bagi meninjau pembinaan Jambatan Sungai Tanum di Kampung Aur Gading di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LIPIS: Pembinaan semula jambatan khususnya di kawasan terjejas akibat banjir akan ditambah baik dari segi struktur dan rekaannya akan disesuaikan mengikut keadaan bencana alam semasa. 

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu akan menjadi elemen penting dalam pembinaan semula jambatan yang runtuh termasuk jambatan baharu yang akan dibina selain mengambil kira faktor pembinaan dalam jangka masa 100 tahun.
 
"Rekaan baharu perlu dilihat bukan hanya setakat standard yang telah ditetapkan sebelum ini sebab bencana di Malaysia kadarnya semakin meningkat.
 
"Kalau kita tengok bencana alam kali ini hujan turun begitu banyak dan banjir begitu besar maka kita perlu ambil perhatian...kita kena tambah baik," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui dalam lawatan kerjanya bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Kuala Lipis, Pahang bagi meninjau keadaan Jambatan Sungai Tanum, Kampung Aur Gading yang runtuh akibat banjir.
 
Dalam program sehari itu, Fadillah dan Hishammuddin juga meninjau dua lagi jambatan di sungai sama yang turut runtuh akibat dihanyutkan banjir selain beramah mesra dengan penduduk setempat.

Jambatan konkrit Sungai Tanum itu dibina pada 2012 bagaimanapun runtuh akibat banjir yang melanda daerah itu.

Fadillah berkata berkaitan runtuhan jambatan itu, pihaknya akan memanggil Lembaga Jurutera kementeriannya bagi menyiasat punca serta kelemahan yang ada dalam usaha meningkatkan struktur jambatan yang akan dibina kelak.
Tags / Kata Kunci: pembinaan jambatan , banjir

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan