Liow Gesa Pasukan Urus Bantuan Bencana Diperkukuh

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 2:51 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Majlis keselamatan di peringkat daerah perlu diperkukuhkan supaya usaha-usaha bantuan bencana dapat diuruskan dengan lebih baik pada masa akan datang, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menceritakan kembali peristiwa banjir yang melanda kawasan pilihan rayanya, Bentong, beberapa tahun lalu, beliau berkata:

"Bangunan majlis keselamatan daerah telah ditenggelami air. Justeru usaha menyelamat peringkat daerah telah menjadi lumpuh. "

Bantuan ditangguhkan, manakala mangsa banjir terpaksa menunggu bantuan daripada pihak berkuasa negeri dan Persekutuan, kata Liow pada majlis makan malam di Bentong, Jumaat.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata kerajaan akan meneliti bagi mengukuhkan pasukan penyelamat komuniti.

"Ini akan memudahkan usaha komuniti untuk membantu mereka yang terjejas untuk berpindah dan mencari tempat perlindungan, bukan hanya menunggu bantuan tiba," katanya.

Beliau berkata penduduk perlu dilatih supaya mereka dapat memahami prosedur operasi standard krisis setiap kali bencana alam berlaku.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan