Kumpul Maklumat Mangsa Banjir Untuk Ganti Kad Pengenalan Baharu - KDN

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 8:30 PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan kad pengenalan baharu kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan SK Sayong selepas meninjau keadaan banjir di Pesisiran Sayong dan Lembah Sayong di sini, hari ini. Seramai 40 orang mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan ketika banjir menerima kad pengenalan masing-masing. -- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pusat pemindahan di negeri yang terlibat banjir supaya mengumpul data atau maklumat mangsa banjir kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi proses membuat kad pengenalan baharu. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bagi memudahkan pihak JPN untuk mengeluarkan gantian kad pengenalan yang telah rosak atau hilang akibat bencana banjir.
 
"Ini (ganti kad pengenalan baharu) bukan sahaja akan dijalankan di negeri Perak tetapi kita akan melatakan di seluruh tempat yang terlibat. Mangsa banjir yang dokumennya hilang atau musnah diminta datang ke pusat pemindahan. 
 
"Kita harap pusat pemindahan mangsa banjir dapat mengumpulkan maklumat itu dan pegawai JPN terutamanya daripada unit pergerakan pergi ke kawasan berkenaan bagi menyerahkan kad pengenalan baharu gantian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong di sini hari ini.

Ketika lawatan itu juga, Ahmad Zahid turut menyerahkan kepada 40 penerima pertama kad pengenalan baharu yang meeupakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan SK Sayong.

Dalam pada itu, beliau turut membawa roti ban yang dihasilkan banduan Penjara Kajang dan Penjara Tapah untuk diagihkan kepada semua mangsa banjir.
 
"Ertinya para banduan juga mempunyai keprihatinan untuk membantu mangsa banjir walaupun berada di belakang tembok besi, tembok batu tetapi berhasrat untuk mebantu mangsa-mangsa banjir," katanya.

Ditanya pula mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu remaja yang cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria, beliau berkata pihaknya sentiasa memantau isu tersebut di laman sosial media
 
"Kita memerangi jenayah ini dan tidak akan berkompromi dengan aktiviti seperti ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , kad pengenalan baharu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan