Harga Sayur Kembali Stabil Dalam Tiga Bulan - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kenaikan harga sayur dan ikan terutama di negeri terjejas banjir dijangka dapat diatasi dalam tempoh kurang daripada tiga bulan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kementerian telah mengimport bekalan sayur dan ikan dari negara jiran sebagai langkah mengatasi kekurangan bekalan dan menstabilkan semula harga.
 
"Pengeluaran makanan agak terjejas terutama apabila kawasan rendah (untuk penanaman sayur) dinaiki air. Bagaimanapun kita akan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.
 
"Setakat ini harga masih terkawal kerana ramai tidak perlu membeli sayur kerana berada di pusat pemindahan. Cuma saya risau keadaan selepas ini apabila mereka sudah balik.
 
"Sebab itu kita telah arahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mula mengimport bekalan makanan dan sayuran," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong di sini hari ini.
 
Turut serta dalam lawatan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Shafik Fauzan dan Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Sembilan jenis sayuran yang terlibat ialah kobis bulat, tomato, cili merah, kentang, halia, bawang merah dan besar bawang besar India serta Holand, kelapa, selain bawang putih yang diimport dari Indonesia, China Vietnam, India dan Holand.

Ismail Sabri tidak menafikan berlaku kenaikan harga sayur di pasaran sehingga 70 peratus terutama di negeri terlibat banjir.

Bagaimanapun katanya bekalan ikan tidak mempunyai masalah kerana stok untuk ikan sejuk beku telah disediakan sejak November lagi.

Katannya sehubungan dengan itu juga, kementerian menerusi Fama dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan mengadakan pasar tani dengan jualan murah istimewa selepas banjir di 556 pasar tani di seluruh negara dalam usaha menstabilkan semula harga.

"Kita akan lancarkan pasar tani dengan menawarkan harga istimewa Jumaat ini di Putrajaya dan kita akan bagi senarai barangan serta harganya dengan potongan harga istimewa," kata Ismail Sabri.

Mengulas mengenai jumlah kerugian yang dialami petani, penternak dan nelayan akibat bannjir, beliau berkata ia belum dapat dipastikan sehingga banjir benar-benar surut.

Katanya pegawai veterinar dan pertanian di peringkat daerah sudah diarahkan supaya membuat taksiran.

Ismail Sabri berkata golongan itu yang terjejas dengan banjir perlu mendaftar dengan jabatan pertanian daerah untuk diberikan pampasan menerusi peruntukan RM50 juta daripada Tabung Bantuan Bencana Agro yang telah diwujudkan tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: harga sayur , stabil , Ismail Sabri

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan