'Harga Minyak Turun 'Bunuh' Perniagaan Kami' - Peniaga Petrol

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peniaga Petrol mendakwa banyak stesen minyak mungkin perlu ditutup jika harga petrol terus jatuh, memberikan kerugian tinggi sebagai alasan.

Presiden Persatuan Peniaga Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga bahan api telah menyebabkan para peniaga mengalami kerugian antara RM20,000 dan RM100,000.

"Jika penurunan itu hanya beberapa sen, kita masih boleh berdepan dengan kerugian itu. Tetapi kini dengan penurunan 35 sen (petrol), kami membelinya pada harga tinggi dan menjualnya pada harga rendah.

"Jika ini terus dijalankan, ramai di antara kita terpaksa gulung tikar," katanya kepada The Star.

Sebelum ini, RON95 dan RON97 masing-masing dijual pada harga RM2.26 dan RM2.46 seliter, manakala diesel dijual pada harga RM2.23 seliter.

Harga baru yang bermula pada Jumaat menjadikan RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp) Datuk Abu Samah Bachik bimbang stesen minyak akan ditutup jika harga minyak akan turun dua hingga tiga kali lagi.

"Semua peniaga di negara ini terjejas, tiada seorang pun daripada kami terkecuali," katanya.

Abu berkata para peniaga sedang berbincang dengan kerajaan mengenai cara untuk menangani masalah ini.

Hashim sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa para peniaga sepatutnya mempunyai nilai stok bahan api untuk sekurang-kurangnya tiga hari, sambil menambah bahawa lesen operasi boleh ditarik balik jika ia tidak dipatuhi.

Katanya, ia adalah kerana petrol dan diesel telah dianggap sebagai barangan keperluan.

Ketika diminta mengesahkan khabar angin bahawa peniaga telah kehabisan bekalan, Hashim pada Khamis berkata keadaan ini mungkin disebabkan oleh pengguna jalan raya yang menahan  pembelian bahan api sehingga selepas perubahan harga yang baharu.

"Sesetengah (stesen) kehabisan bahan api kerana orang ramai tidak membeli petrol sehingga akhir bulan ini. Tetapi apabila harga turun, semua orang bergegas mengisi minyak, " katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek mengesahkan bahawa pengedar telah menyaksikan kerugian yang tinggi akibat penurunan harga petrol.

Ditanya apa yang akan dilakukan kerajaan, beliau menjawab, "Buat masa ini kita sedang melihat apa yang berlaku, tetapi kita juga mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat minyak dan peniaga (tentang perkara ini)."

Setiausaha Agung Fomca Datuk Paul Selvaraj berkata perubahan harga bermakna stesen minyak terpaksa berhadapan dengannya, memetik penurunan global harga minyak mentah.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan