QZ8501: Fenomena Icing Berkemungkinan Besar Punca Nahas

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 11:16 AM

Sebuah helikopter Indonesia ketika menjalankan operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501, awal minggu ini yang terhempas di Laut Jawa. Para pegawai berkata cuaca buruk yang melampau dikatakan telah mencetuskan kemalangan itu. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Cuaca yang amat buruk mencetuskan kemalangan nahas pesawat AirAsia pada Ahad lepas, kata pegawai cuaca Indonesia, Jumaat, manakala Rusia menjadi negara terbaharu yang menyertai carian pesawat malang itu.

'Analisis meteorologi' setebal 14 muka surat merupakan kenyataan rasmi pertama dari Jakarta berhubung sebab-sebab berlakunya nahas tersebut dan ia hampir mengesahkan spekulasi yang berleluasa yang menyatakan bahawa punca kemalangan disebabkan oleh cuaca.

"Fenomena cuaca yang paling memungkinkan adalah terjadinya ising menyebabkan enjin pesawat rosak," menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG).

"Ini bagaimanapun hanya satu analisis apa yang mungkin berlaku berdasarkan data meteorologi yang ada, dan bukan penentuan muktamad mengenai punca kejadian itu."

Laporan BMKG oleh Profesor Edvin Aldrian, ketua unit penyelidikan dan pembangunan ini dihasilkan ketika ombak tinggi dan laut bergeloran kini menghalang penyelam daripada memasuki laut.

Sehingga malam tadi, 30 mayat telah ditemui, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) Bambang Soelistyo pada sidang media.

BMKG berkata analisis awal ke atas data cuaca mencadangkan pesawat AirAsia Airbus A320-200 telah terbang ke awan ribut. Ia juga menyatakan bahawa carta cuaca yang dikeluarkan sebelum penerbangan menunjukkan laluan pesawat yang dijadualkan berada di peringkat 'cruising' (pelayaran) akan menunjukkan keadaan 'membimbangkan' dengan amaran angin kencang.

Imej satelit juga mencadangkan suhu puncak -80 ke -85 °C, yang bermakna terdapat butiran-butiran ais dalam awan yang tebal, menurut laporan itu.

Sementara itu, kapal Singapura kelima tiba di kawasan kemalangan itu manakala Rusia berkata ia akan menghantar dua pesawat amfibia untuk membantu usaha carian, yang kini melibatkan lebih dari buah 90 kapal dan kapal terbang.

Soelistyo berkata tidak ada pengesahan bahawa sonar telah mengesan ekor pesawat.

Walau bagaimanapun, kesan minyak telah dikesan di kawasan keutamaan carian.

"Kami masih berusaha keras dalam keadaan cuaca buruk dan ombak kuat," katanya malam Jumaat. - Straits Times / ANN

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan