Air Asia QZ8501: Pasukan SAR Temui Empat Objek Besar

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang menjejaki bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menemui empat objek besar di Laut Jawa, pada Sabtu , kata Ketua Agensi Pencari dan Penyelamat, Bambang Soelistyo.

"Kita telah menemui empat objek besar daripada bahagian pesawat yang kita cari sebelum ini," katanya kepada pemberita di Jakarta. 

Salah satu objek besar tersebut ditemui oleh sebuah kapal ketika pencarian dijalankan pada waktu malam.

"Sementara tiga lagi objek berkenaan termasuk yang paling besar sepanjang 18 meter turut ditemui pada Sabtu," kata Soelistyo. 

Ombak besar masih menjadi halangan kepada usaha mencari pada SAbtu, namun pasukan berkenaan menaruh harapan tinggi agar usaha mengeluarkan objek berkenaan dapat dijalankan pada Ahad.

Kapal terbang Airbus A320-200 itu terhempas di Laut Jawa pada Ahad lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa 162 orang.

Tiada mangsa terselamat ditemui.

Tags / Kata Kunci: Air Asia , QZ8501 , Indonesia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan