AirAsia QZ8501: Tiga Lagi Mayat Dikenal Pasti

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 5:14 PM

Jenazah pramugari QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi tiba di Hospital Bhayangkara di Surabaya pada Jumaat. Foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 dari lokasi pencarian telah dikenal pasti, kata polis pada sidang media di sini, Jumaat.

Menurut polis, mereka ialah pramugari, Khairunnisa Haidar, penumpang Grayson Herbert Linaksita dan Kevin Alexander Soetjipto, yang dikenal pasti berdasarkan pengecaman cap jari dan rekod perubatan.

Pakar dari Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) pada pagi Jumaat mengenal pasti lapan mayat di hospital Bhayangkara di Surabaya.

Terdahulu, identiti penumpang Hayati Lutfiah Hami disahkan, dan jenazahnya telah dikebumikan pada Khamis.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) H.F. Henry Bambang Soelistyo berkata, operasi mencari diteruskan pada Jumaat. - The Straits Times/ANN




iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan