QZ8501: 10 Mayat Berjaya Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui setakat ini.

Memetik laporan portal Antaranews.com, jumlah terkini itu disahkan oleh Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), F Henry Bambang Soelistyo.

"Hingga saat ini sudah ada 10 jenazah, lapan sudah di Surabaya, dua lainnya di Pangkalan Bun," katanya di Pejabat Pusat Basarnas di Jakarta pada Jumaat.

Beliau berkata, dua lagi mayat yang kini berada di Pangkalan Bun Kalimantan Tengah akan dibawa ke Surabaya dengan kadar segera.

Mengulas mengenai penemuan terbaharu berkaitan nahas itu, beliau berkata beberapa objek berupa serpihan pesawat ditemui di lokasi pencarian dan pihaknya akan meneruskan operasi pencarian.

Sehingga kini hanya satu mayat telah dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis. 


Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan