Yayasan Felda Rayu Masyarakat Pulangkan Al Quran Terjemahan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Yayasan Felda meminta umat Islam yang memiliki cetakan pertama al-Quran terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris - Mushaf Al-Mukminin Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani) terbitan yayasan itu agar memulangkan semula bagi diganti dengan naskhah baharu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cetakan pertama naskhah al-Quran itu boleh dipulangkan semula kepada Yayasan Felda atau pejabat Felda berhampiran.

Beliau berkata naskhah Al-Quran berkenaan perlu dipulangkan memandangkan terdapat kesilapan tidak disengajakan pada cetakan pertama namun begitu kesilapan itu telahpun diperbetulkan pada cetakan kedua.

"Kami juga telah membuat pengumuman pada awal cetakan edisi pertama supaya memaklumkan kepada kami jika ada kesalahan ayat atau terjemahan maksud sehinggalah isu ini ditimbulkan," katanya pada Jumaat.

Mohd Isa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tabloid hari ini mengenai teguran pembaca al-Quran berkenaan yang mengesan kesalahan pada ayat lapan Surah Yusuf dan pada Surah Al-An'am ayat 116 dan 117.

Beliau berkata Felda memohon maaf atas kesilapan itu dan tidak sama sekali berniat mahu menyinggung perasaan umat Islam.

Tags / Kata Kunci: Felda , Al Quran

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan