Murah Hati Buka Jalan Bantu Permudah Gelandangan – Pertiwi Soup Kitchen

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertiwi Soup Kitchen berharap semua pihak dapat menunjukkan sifat bermurah hati bagi membuka jalan penyelesaian dalam membantu mempermudahkan golongan gelandangan.

Pengasasnya, Munirah Abdul Hamid berkata, sifat murah hati merupakan kualiti manusia yang mendorong kepada keputusan dan usaha untuk membantu sesama insan.

Jelasnya, banyak perkara yang boleh dibincangkan mengenai cadangan masjid memberikan sedikit ruang bagi menempatkan kemudahan buat gelandangan.

"Sukarelawan juga bersedia menguruskan penggunaan kemudahan ini supaya ia dapat berfungsi dengan lebih teratur tanpa menyulitkan pengguna masjid lain.

"Penggunaan mesin basuh dan pengering akan memastikan persekitaran kekal bersih dan sukarelawan sedia memantau keadaan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Portal berita, mStar Online pada Selasa melaporkan Pengasas Pertiwi Soup mencadangkan supaya ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat golongan gelandangan dapat disediakan di masjid-masjid di sekitar ibu negara.

Bagaimanapun pada Rabu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri berpendapat bahawa imej masjid sebagai tempat beribadat dan aktiviti keagamaan seharusnya dikekalkan.

Menurut Zulfikli, timbul kebimbangan mengenai longgokan baju-baju kotor kepunyaan gelandanan selain memberikan kesulitan kepada pihak lain termasuk jemaah menggunakan kemudahan-kemudahan di masjid.

Munirah berkata, banyak perkara yang boleh dibincangkan bagi mempertimbangkan cadangan ini sebagai contoh dengan menghadkan waktu penggunaan kemudahan tersebut untuk gelandangan di masjid-masjid.

"Mungkin penggunaannya dalam tempoh dua jam sahaja, antara selepas waktu Subuh dan sebelum Zohor kerana masa ini jumlah pengguna masjid adalah rendah,” katanya sambil menambah cadangan ini hanya melibatkan beberapa masjid di ibu negara.

Mengenai cadangan Mufti Wilayah Persekutuan supaya menggunakan dobi, Munirah berkata, NGO tidak mempunyai dana yang banyak untuk menyediakan perkhidmatan itu.

"Kita NGO bukannya ada duit, kita membantu gelandangan dengan mendapatkan bantuan dan dana. Sedangkan kita sendiri pun memikirkan macam mana hendak terus mendapatkan kerjasama yang sedia ada,” katanya.

Beliau menambah, cadangan ini akan dikemukakan kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekiranya terdapat keperluan.

"Saya sedia untuk mengemukakan cadangan kepada mana-mana pihak bagi memastikan ia dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

"Mungkin ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan cadangan ini tetapi saya akan tetap mencuba dan berharap supaya ia dapat dipertimbangkan dan dipersetujui,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Pertiwi Soup Kitchen , Gelandangan , Masjid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan