AirAsia QZ8501: Pasukan Penyiasat Perancis Tiba di Kawasan Nahas

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 8:33 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Agensi penyiasat nahas dari Perancis akan menghatar pakar untuk mengesan kotak hitam dengan kelengkapan yang sesuai untuk digunakan di kawasan di mana pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang. 

Menurut pihak berkuasa penyiasatan keselamatan, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA), pasukan tersebut akan tiba awal pagi Jumaat. 

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada Ahad ketika dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura. 

Agensi berkenaan akan membantu penyiasatan sebarang nahas udara melibatkan pesawat Airbus kerana syarikat pengeluar pesawat tersebut berpangkalan di Perancis. 

"Pada awal pagi 2 Januari, sebuah kapal akan membawa pasukan penyiasat ke kawasan carian, mereka turut membawa alat pengesan termasuk hidrofon, dalam usaha mengesan isyarat akustik daripada dua pita rakaman data pesawat (flight data recorder)," kata BEA dalam satu kenyataan. 

Ombak kuat yang melanda menyebabkan pasukan penyelam tidak dapat menghampiri lokasi yang dikatakan terdapatnya bangkai pesawat AirAsia Indonesia dan wakil jabatan penerbangan berkata tempoh lebih kurang seminggu diperlukan untuk menemui kotak hitam pesawat. 

Semasa dalam penerbangan pesawat malang itu telah meminta kebenaran daripada menara kawalan untuk terbang daripada ketinggian 32,000 kaki (9,753m) ke 38,000 kaki untuk mengelakkan cuaca buruk. 

Selepas menara kawalan trafik udara membenarkan pesawat naik ke ketinggian 34,000 kaki beberapa minit kemudian, mereka sudah tidak lagi menerima maklum balas daripada pesawat berkenaan. 

Setakat ini sembilan mayat telah berjaya ditemui selepas pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal terhempas Ahad lalu. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan