Operasi Pasca-Banjir Libatkan 50,000 Sukarelawan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat perancangan untuk operasi membantu mangsa pasca-banjir melibatkan 50,000 sukarelawan siswa dan staf institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Menurut Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, "Operasi ini merupakan usaha yang bersejarah kerana kepakaran dan sumber tenaga yang sedia ada di IPT akan digerakkan secara besar-besaran untuk membantu mangsa banjir". Menteri Pendidikan II juga mengatakan bahawa KPM mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu mangsa banjir.

Operasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1 Jan 2015 untuk tempoh selama sebulan selari dengan cuti semester pertama sesi 2014/15 bagi kebanyakan IPT. Selain itu, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), warga Politeknik dan Kolej Komuniti turut terlibat dan memberi bantuan dan sokongan kepada Operasi ini.

Tumpuan utama Operasi ialah pembersihan sekolah dan kediaman penduduk mangsa banjir. Bantuan kepakaran juga akan diberikan untuk pemulihan sumber air, pembinaan tandas dan pembaikan pendawaian elektrik. Pemeriksaan kesihatan juga akan disediakan.

Pelajar IPT yang berminat menyertai Operasi ini boleh menghubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar IPT, YSS atau sekretariat Majlis Kesukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) IPT masing-masing.

Menurut Dato Seri Zaini Ujang, Ketua Setiausaha II KPM, mobilisasi sukarelawan dari kalangan pelajar dan staf IPT dari seluruh negara diharap dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

Beliau juga mengulas bahawa pihak KPM akan menyelaraskan aktiviti dan lokasi operasi dengan Majlis Keselamatan Negara dan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain terlibat.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan