140 Kontinjen Sertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 140 kontinjen yang disertai 12,325 peserta akan menyertai perarakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, di sini pada Sabtu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kontinjen terlibat terdiri daripada 68 agensi kerajaan, 33 badan berkanun, 10 badan beruniform, 13 swasta, enam badan bukan kerajaan, enam institusi pengajian tinggi dan empat sekolah.

"Kontinjen akan berarak sambil berselawat sejauh 1.8km bermula dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata acara perarakan bermula 7.45 pagi dan dijangka berakhir pada 8.30 pagi.

Othman berkata majlis perhimpunan kemudian akan berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Putra bermula dengan bacaan doa dan ayat suci al-Quran diikuti ceramah agama yang mengupas tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini, 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara.'

Beliau berkata pemilihan tema itu amat bertepatan dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat negara ini bersatu-padu, bekerjasama, saling menghormati dan menerima.

Katanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan majlis Sambutan Maulidur Rasul itu yang akan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri Kabinet dan perwakilan luar negara.

Othman berkata sambutan Maulidur Rasul tahun ini bakal menyaksikan seorang penerima Anugerah Perdana dan lapan penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Penerima Anugerah Perdana akan membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan manakala penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan.


Tags / Kata Kunci: Maulidur Rasul

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan