'Saya Akan Menemani Keluarga Khairunnisa Pulang Ke Kampung' - Tony

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 3:43 PM

Gambar Khairunnisa yang diambil dari laman Instagram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes akan menemani keluarga pramugari penerbangan QZ8501 Khairunnisa Haidar pulang ke kampung halamannya di Palembang sebaik sahaja mayatnya telah dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan di Surabaya.

"Jika anak kapal (mayat) kita yang cantik dan terbaik telah dikenal pasti, kita akan pergi ke Palembang dari Surabaya dengan ibu bapanya. Jiwa menyayat hati, " tulisnya di Twitter pada pukul 1.54 petang Khamis.

Khairunnisa dan pramugari kanan Wanti Setiawati adalah dua anak kapal wanita yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Bapa Khairunnisa, Haidar Fauzie berharap mayat yang berpakaian seragam pramugari yang ditemui adalah mayat anak perempuannya dan dapat disemadikan dengan tenang dan sempurna.

Khairunnisa, 22, telah berkhidmat dengan AirAsia Indonesia selama dua tahun.

Fernandes juga memberi petunjuk bahawa pesawat telah dijumpai selepas beliau menulis di Twitter bahawa beliau berharap agar maklumat terkini yang diterimanya adalah benar.

"Saya berharap bahawa maklumat terkini itu betul dan pesawat telah dijumpai. Mari sama-sama berharap. Ini sangat penting, " kata beliau dalam satu lagi tweet pada pukul 1.51 petang.

Setakat ini tujuh mayat telah ditemui daripada 162 orang yang berada dalam pesawat Airbus A320-200 yang terhempas pada Ahad di laut berhampiran Borneo ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan