Dua Lori Tangki Air Bersih Dihantar Ke Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menghantar dua lori tangki masing-masing berkapasiti 3,637 liter dan 9,092 liter serta lapan kakitangannya dalam misi membantu mangsa banjir di Tanah Merah, Kelantan.

Majlis pelepasan lori tangki dan kakitangan SAINS itu disempurnakan oleh Pengurus Besar SAINS Zulkifli Ibrahim di ibu pejabat syarikat itu di Seremban 2 di sini, Khamis.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata dua lori tangki berkenaan adalah kosong dan air bersih akan diisi dari loji air di Kelantan sebelum diangkut dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Tanah Merah, Kelantan.

Katanya misi bantuan banjir ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama SAINS bagi membantu rakyat di pantai timur yang terjejas dengan banjir.

"Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merupakan penyelaras dalam misi bantuan ini yang mana ianya melibatkan semua operator air di Malaysia seperti SAINS, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Johor (SAJ), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) serta beberapa lagi.

SAINS telah ditetapkan lokasi bantuannya di daerah Tanah merah, Kelantan," katanya.

Katanya segala kekuatan bantuan dari segi kenderaan dan kakitangan telah dipersiapkan oleh SAINS bagi memastikan misi bantuan ini berjaya seperti yang dirancangkan.

Katanya misi bantuan pada kali ini diketuai Pengurus Air Daerah Seremban Nazri Rejab dengan dibantu dua kakitangan mekanikal kenderaan, di samping lima kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengendalian lori tangki itu.

"Saya tidak pasti berapa lama mereka akan berada di sini, tetapi saya difahamkan sehingga keadaan pulih. Saya berharap semoga semua perancangan berjalan lancar," katanya.


Tags / Kata Kunci: Kelantan , Banjir , Sains

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan