Segera Selesaikan Pendaftaran Kerugian Mangsa Banjir - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 6:52 PM

Muhyiddin (kanan) berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan warga emas, Ismail Uda Mat Piah, 80 (kiri) yang sakit lutut ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri di Parit, Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PARIT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu proses pendaftaran kerugian mangsa banjir diselesai secepat mungkin bagi membolehkan bantuan segera disalur kepada mereka yang layak.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan agensi terbabit menilai tahap kerosakan harta benda penduduk yang betul-betul menjadi mangsa banjir untuk meringankan beban mereka.

"Proses ini untuk bantuan-bantuan tertentu dapat kita laksanakan dalam tempoh yang tidak terlalu lama, hal ini biasa pada pengalaman yang lepas mengambil masa yang agak lama, kadangkala berbulan-bulan dan ada juga sampai setahun sehingga banjir datang kali kedua ataupun tahun berikutnya," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri, Khamis.

Beliau berkata, maklumat yang tepat mengenai kerugian yang dialami perlu direkodkan oleh agensi berkaitan dengan tepat bagi membolehkan kerajaan mengambil langkah susulan membantu mangsa banjir.

"Itupun perlu dibincangkan secara terperinci dengan pemimpin tempatan... kalau nak bina rumah baharu, siapakah yang layak mendapat rumah-rumah ini, adakah mereka kumpulan miskin ataupun semua, itu perlu kita tetapkan kemudian," katanya.

Muhyiddin turut menekankan kepentingan penyelarasan antara agensi terbabit bagi memastikan mangsa banjir tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, kerja-kerja pemulihan boleh dimulakan segera tanpa perlu menunggu semua negeri terjejas pulih sepenuhnya daripada banjir.

"Jadi agensi dan jabatan yang bertanggungjawab boleh mulakan taksiran sekarang, kalau nak tunggu semua dah pulang, mungkin dalam masa seminggu, kita akan rugi masa," katanya.

Muhyiddin juga berkata, beliau menganggarkan sebanyak RM350 juta diperlukan untuk memperbaiki kerosakan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir.

"Itu belum selesai semua, baru sebahagian, jadi boleh bayangkan jumlah yang perlu disediakan oleh lain-lain agensi, tidak termasuk swasta dan sebagainya," katanya.

Ditanya impak banjir kali ini terhadap bajet 2015, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menggunakan sepenuhnya peruntukan sedia ada.

"Atau mungkin ada sumber-sumber baharu, kalau ada penjimatan yang boleh kita buat dalam bidang-bidang lain yang duit itu akan disalurkan untuk menyelesaikan projek-projek yang terlibat dengan banjir bagi jangka masa sederhana, jangka panjang dan sebagainya.

"Akan kita ambil kira dan juga mungkin peranan lain-lain pihak, agensi swasta dan lain-lain, itu kita akan perhalusi bila sampai ke peringkat akhir nanti dan PM (Perdana Menteri) pasti lebih faham bagaimana kita nak pastikan satu bentuk belanjawan yang sesuai untuk menangani keadaan darurat atau luar biasa pada kali ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan