Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Orang Asli

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat mangsa banjir di Perak dengan meninjau perkampungan Orang Asli di Pos Kemar, Temengor di sini.

Muhyiddin yang tiba dengan helikopter di Padang Astaka Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kampung Akai di sini, kira-kira pukul 10.15 pagi tadi turut melawat penduduk di perkampungan itu yang terputus hubungan darat berikutan jalan rosak, tanah runtuh dan jambatan runtuh.

Muhyiddin diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meninjau kawasan yang terjejas selama sejam selain melawat penduduk di beberapa kampung.

Beliau turut meninjau dua jambatan runtuh iaitu Jambatan Sungai Temengor di antara Kampung Jarau Baru dan Kampung Jarau Lama serta Jambatan Lengweng di antara Kampung Kantong dan Kampung Jarau Baru.


Tags / Kata Kunci: Pos Kemar , Orang Asli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan