QZ8501: Jenazah Pertama Dikenal Pasti Sebagai Hayati Lutfiah Hamid - Berita Semasa | mStar

QZ8501: Jenazah Pertama Dikenal Pasti Sebagai Hayati Lutfiah Hamid

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 5:59 PM

Ahli keluarga menerima jenazah Hayati Lutfiah Hamid di sebuah hospital di Surabaya pada Khamis, Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang pertama dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid dari Sidoharjo, Jawa Timur.

Ketua Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Jawa Timur, Budiyono berkata, ia merupakan pengesahan selepas melakukan bedah siasat ke atas mayat.

"Kita berjaya sepadankan identitinya berdasarkan cap jari dan barangan peribadi," katanya pada sidang media di Hospital Bhayangkara di sini, Khamis.

Beliau berkata, barangan peribadi itu ialah kad pengenalan, seutas rantai leher dan rantai tangan yang diukir namanya, seperti yang disahkan oleh ahli keluarga.

Bagaimanapun, mayat kedua tidak dapat dikenal pasti lagi kerana data yang diberikan ahli keluarga tidak sepadan dengan mangsa.

"Apa yang kita boleh beritahu ialah lelaki ini mempunyai rambut panjang, tahi lalat bersaiz 4mmx4mm di bahagian atas kiri bibirnya dan ketinggian antara 145 dan 150 sentimeter," kata Budiyono.

Hayati menaiki penerbangan QZ8501 ke Singapura bersama anak perempuannya berusia 10 tahun, Naura Kanita Rosada Suseno, suami, Djoko Suseno dan ibu mertua, Soemanik Saeran.

Hayati merupakan antara lapan mayat yang ditemui dari lokasi nahas di Laut Jawa.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan