Maklumat Mangsa Banjir Sedang Dikumpul Untuk Bantuan Tunai - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 7:54 AM

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (duduk, tengah) beramah mesra dengan sekumpulan kanak-kanak mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Banjir Dewan Melati Penjara Penor di Kuantan, malam Rabu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif (duduk, kiri). Kira-kira 488 orang dari Kampung Semangat terpaksa menginap di pusat tersebut setelah kampung mereka dilanda banjir besar. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kerajaan sedang mengumpulkan maklumat mengenai mangsa banjir untuk pemberian bantuan wang tunai, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Bagaimanapun jumlah yang akan diberikan belum ditentukan memandangkan sehingga kini banjir masih melanda beberapa negeri.

"Berapa jumlah kita (kerajaan) belum dapat taksirkan lagi, tapi saya percaya kerajaan sedang meneliti jumlah mangsa dan nilai bantuan yang akan diberikan. 

"Macam tahun lepas untuk yang berpindah ke pusat pemindahan kerajaan beri RM500 untuk satu keluarga dan RM200 kepada rumah yang dinaiki air...dan saya percaya untuk tahun ini jumlah tidak kurang daripada yang diberikan kerajaan pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 470 mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Melati, Penjara Penor, di sini malam Rabu.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan beberapa bentuk bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negara ini termasuk pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah, memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih awal dan melanjutkan tempoh pendaftaran penerima bantuan BR1M sehingga 31 Januari depan.
Tags / Kata Kunci: BR1M , Datuk Ahmad Maslan , bantuan banjir

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan