Juhar Mahiruddin Lafaz Sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 12:00 PM

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ketika mengangkat lafaz sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-10 bagi penggal kedua di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Nurchaya Arshad di Istana Negeri pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tun Juhar Mahiruddin pada Khamis melafazkan sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal kedua.

Beliau melakukan demikian sebagai memenuhi Perkara 4 Perlembagaan Negeri Sabah di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Nurchaya Arshad.

"Saya akan melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Sabah," lafaznya pada satu istiadat lafaz sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 bagi penggal kedua di Istana Negeri di sini.

Juhar, 61, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri sejak 1 Jan 2011, melanjutkan tempoh perlantikannya selama empat tahun lagi bermula hari ini.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Juhar, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri akan melaksanakan tanggungjawab memimpin dan mentadbir Sabah dengan penuh keikhlasan, berdedikasi dan amanah.

"Kita juga bersyukur kerana dalam tempoh empat tahun pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun, Sabah terus menikmati keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang semakin pesat berkat naungan serta bimbingan Tuan Yang Terutama Tun.

"Justeru, bagi memastikan momentum agenda pembangunan dan kecemerlangan ini berkekalan, saya mengajak seluruh pemimpin dan rakyat untuk terus berganding bahu dan bersatu padu, mempertingkatkan semangat muafakat serta menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan kita kerana itulah sebenarnya kunci kepada kejayaan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sabah , Yang Dipertua Negeri Sabah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan