QZ850: Ibu Bapa Pramugari Mahu Jenazah Anak Disemadikan Dengan Tenang

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Khairunnisa Haidar, 22, sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang pramugari.

"Kami tidak boleh menghalangnya," kata bapa kepada pramugari itu, Haidar Fauzie, 60.

"Dari awal lagi, kami sudah tahu risiko berkaitan penerbangan."

Sementara itu, isterinya pula menangis sebaik sahaja  mendengar laporan penerbangan yang hilang dan Haidar sedaya upaya  cuba untuk menenangkan isterinya.

Kali terakhir mereka melihat anak perempuan mereka itu enam minggu lalu apabila dia pulang untuk bercuti.

Haidar kini berharap agar mayat pramugari berpakaian seragam AirAsia yang telah ditemui adalah mayat anak perempuan dan dengan itu anak perempuannya dapat disemadikan dengan sempurna.

Khairunnisa, anak bongsu dan anak tunggal perempuan dalam keluarga serta pramugari kanan Wanti Setiawati adalah dua anak kapal wanita yang berada di dalam pesawat.

Khairunnisa telah menyertai AirAsia Indonesia selama dua tahun.

Haidar berkata, mereka telah melawat apartmen anaknya itu di Surabaya dan mendapati bahawa dia telah berkemas untuk bercuti di kampung halamannya di Palembang dan juga telah menempah tiket pulang.


Dia juga menunjukkan gambar anak perempuannya di telefon bimbitnya, sedang mengenakan pakaian seragam AirAsia di dalam pesawat.

Minggu lalu, dia juga telah menyiarkan gambarnya di Instagram dengan mesej: "Saya suka anda dari ketinggian 38,000 kaki"

"Ia adalah satu kehilangan yang menyakitkan," kata Haidar, dengan senyuman hambar.

"Kami menerima kehendak Allah. Dia milik Yang Maha Kuasa. Kita akan bertemu dengannya satu hari nanti."

Kapten penerbangan malang, Kapten Iriyanto, telah menerbangkan jet pejuang tentera udara Indonesia F-16  sebelum menjadi juruterbang syarikat penerbangan komersial.

Pembantu juruterbang kurang berpengalaman Iriyanto berasal dari Perancis, Remi Plesel.

"Sejak kecil lagi dia mempunyai impian menjadi seorang juruterbang dan impiannya menjadi kenyataan. Dia telah berada di dalam Indonesia selama tiga tahun ... Dia adalah seorang juruterbang yang sangat baik dan hebat, " kata kakak Plesel, Renee kepada stesen radio Perancis RTL.
Tags / Kata Kunci: Khairunnisa Haidar , QZ8501 , Haidar Fauzie

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan