Jangkaan Hujan Lebat, Angin Kencang Di Sabah Sehingga Ahad

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 8:33 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mereka yang tinggal di pantai barat Sabah, dan juga di Sandakan dan Kudat, dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga Ahad.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak pergi ke laut dalam tempoh tersebut.

"Hujan itu, walaupun dianggap sederhana di sini, masih mendatangkan bahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti-aktiviti rekreasi di laut," katanya, Rabu.

"Kelajuan angin dianggarkan antara 60 dan 80km/jam, manakala gelombang boleh menjadi setinggi 3.5 meter," katanya.

Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyatakan bahawa Ribut Tropika Jangmi dijangka tidak akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak, dengan ribut itu dilaporkan bergerak ke arah selatan pada kelajuan 19km/jam.

Jurucakap JMM Dr Mohd Hisham Anip berkata, Jangmi yang dijangka melanda Malaysia pada Sabtu, namun kesannya berkemungkinan rendah.

Beliau menambah bahawa  Pusat Amaran Taufan Tropika di Guam, Amerika Syarikat, telah mengeluarkan kenyataan pada 11 pagi Rabu mengatakan bahawa siklon tersebut telah lemah.

"Amaran terakhir mereka dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah amaran terakhir yang dikeluarkan untuk taufan itu, yang bermaksud ia berada di bawah kawalan.

"Sebelum ini telah berlaku siklon tropika, tetapi ia telah lemah dari masa ke masa dan pada hari ini, ia akan terus lemah dan menjadi apa yang kita panggil sistem tekanan yang rendah," katanya kepada The Star.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan