QZ8501: Cuaca Bertambah Baik Tingkat Harapan Penyelam Siasat Bangkai Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 10:49 AM

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia membawa mayat mangsa nahas pesawat AirAsia, penerbangan QZ8501, Rabu. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Cuaca buruk yang semakin pulih pada Khamis meningkatkan harapan bahawa penyelam dapat menjalankan siasatan terhadap apa yang dipercayai menjadi bangkai pesawat AirASia yang tenggelam dan mendapatkan kotak hitam yang dapat menjelaskan punca kemalangan.

Airbus A320-200, yang membawa 162 orang penumpang, jatuh dari udara ketika cuba terbang lebih tinggi ketika cuaca ribut, awal hari Ahad, dalam penerbangan dari bandar Surabaya ke Singapura. Juruterbang tidak mengeluarkan isyarat kecemasan.

Setakat ini, tujuh mayat telah dijumpai dari perairan berhampiran di mana sonar telah mengesan objek yang besar dan gelap di dasar laut, hanya pada kedalaman 30-50 meter, tetapi cuaca buruk setakat ini telah menghalang penyelam daripada membuat siasatan.

"Mereka akan cuba lagi pagi ini," kata Siahala Alamsyah, kata seorang pegawai tentera laut yang terlibat dalam pencarian.

Katanya, cuaca buruk pada malam Rabu telah menghalang pasukan yang terdiri daripada 47 penyelam Tentera Laut Indonesia untuk terbang dan pergi ke kapal-kapal perang di lokasi kemalangan.

Kotak hitam yang mempunyai data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat seharusnya dapat membantu menyelesaikan misteri kemalangan. Penyiasat membuat andaian pada teori bahawa pegun aerodinamik dikurangkan apabila juruterbang meningkatkan ketinggian untuk mengelakkan ribut.

Mayat-mayat yang ditemui dari Laut Jawa dibawa menggunakan beberapa keranda ke Surabaya, di mana saudara-mara mangsa telah berkumpul, untuk pengenalan. Pihak berkuasa telah mengumpulkan DNA daripada saudara-mara untuk membantu mengenal pasti mayat.

Sebahagian mayat yang telah ditemui setakat ini masih berpakaian penuh termasuk atendan penerbangan yang berpakaian seragam AirAsia. 

Kebanyakan daripada 162 penumpang di atas kapal adalah rakyat Indonesia. Tiada mangsa yang selamat telah ditemui.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan