Sistem Sonar Kesan Bangkai Pesawat QZ8501 Di Dasar Laut - Berita Semasa | mStar

Sistem Sonar Kesan Bangkai Pesawat QZ8501 Di Dasar Laut

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 11:51 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mempercayai mereka telah menemui bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang selepas mendapat imej sonar yang besar, merupakan objek gelap terdampar di dasar laut.

Objek yang dipercayai bangkai pesawat Airbus 320-200 itu dikesan dekat kawasan di mana serpihan dan mayat ditemui, lokasi terakhir pesawat tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka memperoleh imej sonar yang menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan terbalik kira-kira 30 hingga 50 meter di dalam laut.

Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan itu setakat ini, dengan salah satu mayat adalah wanita yang memakai pakaian seragam pramugari.

Pakar penerbangan berkata, mayat yang berpakaian lengkap itu dapat menunjukkan bahawa pesawat itu tidak terjejas keadaannya ketika ia terhempas ke dalam air. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: QZ8501
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan