QZ8501: Keluarga Doa Mayat Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 3:14 PM

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: "Akhirnya doaku agar pesawat ditemui telah dimakbulkan. Kini ku berdoa agar ahli keluargaku pula diketemukan."

Ini reaksi ringkas seorang waris sebaik sahaja selesai menyertai upacara keagamaan Kristian di ruang istirahat antarabangsa di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, 40 kilometer dari sini tengah hari Rabu.

Indah Winata, 43, kakak ipar kepada Tony Linaksita, seorang penumpang penerbangan AirAsia Indonesia yang malang, berkata beliau dan keluarga tidak putus-putus berdoa sejak hari pertama kejadian dilaporkan.

"Kami senantiasa berdoa pada tuhan agar memberi petunjuk dan kami berserah dan pasrah dengan ketentuan-Nya," katanya.

Indah berkata kali terakhir beliau bertemu adik iparnya itu pada 6 Dis lepas pada satu majlis perkahwinan saudara mereka.

Tinjauan Bernama mendapati upacara keagamaan itu yang dianjurkan oleh Members of Mawar Sharon Charismatic Church diadakan pada pukul 12.30 tengah hari melibatkan puluhan waris dan ahli keluarga pesawat yang beragama Kristian.

Nyanyian 'hymn' dengan lirik "kami berserah padamu Tuhan" kedengaran sambil waris dan ahli keluarga mengangkat tangan, ada yang berpelukan dan ada yang menangis sebelum mereka beredar meninggalkan majlis setengah jam kemudian.

Difahamkan AirAsia juga menyediakan upacara keagamaan untuk semua penganut agama di pusat penempatan keluarga setiap hari yang dihadiri wakil ketua agama tempatan.

Setakat ini, enam mayat - tiga lelaki dan tiga wanita termasuk seorang kru penerbangan - dilaporkan masih dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Bagaimanapun, cuaca buruk termasuk ombak setinggi tiga meter dilaporkan menjejaskan operasi.

Penerbangan QZ8501 menggunakan pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Pesawat itu kali terakhir berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang penerbangan itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga Britain.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis. 


Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan