Banjir: PM Lawat Mangsa Di Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Terengganu pada pukul 12.05 tengah hari Rabu bagi meninjau keadaan banjir di Kemaman.

Ketibaan Najib dengan menaiki helikopter disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah, di Mini Stadium di Kemaman.

Najib dan rombongan kemudiannya bertolak ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok dalam Dewan Undangan Negeri Air Putih untuk melawat mangsa-mangsa banjir.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam untuk bertanya khabar dan beramah mesra dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan hampir tiga minggu.

Kemudian beliau melawat mangsa-mangsa banjir di Dewan Berlian dan bertemu dengan enam anak pasangan Nur Hayati Sulong, 37, seorang guru dan suaminya Suhaimi Awang, 37, yang mati lemas dalam kejadian bot terbalik pada 24 Dis lepas.

Perdana Menteri serta rombongan juga mendengar taklimat banjir oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih Wan Hakim Wan Mokhtar.

Perdana Menteri kemudian bertolak ke TUDM Kuantan sebelum berlepas ke Kelantan untuk tinjauan mangsa banjir di negeri itu.

Setakat 12.30 tengah hari ini terdapat 11,816 orang di 43 pusat pemindahan di empat daerah di Terengganu.

Daerah yang terjejas ialah Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Tags / Kata Kunci: Banjir , PM , Terengganu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan