QZ8501: PDRM Sedia Hantar Skuad Pengecaman Mangsa Bencana

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) bagi membantu pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya yakin pasukan DVI dapat membantu pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti mangsa pesawat terbabit berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki anggota pasukan berkenaan.

"PDRM menawarkan kepada pihak berkuasa Indonesia pasukan DVI. Jika mereka memerlukan bantuan, kita bersedia menghantar pasukan ini atas semangat kerjasama Asean serta sekiranya ada permintaan daripada mereka (pihak berkuasa Indonesia).

"Pasukan kita cukup berpengalaman dalam tugasan pengumpul dan identifikasi mayat. Sebelum ini mereka telah menyertai beberapa penugasan termasuk ketika kejadian tsunami di Acheh (Indonesia) dan kejadian pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, Julai lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir di Pangkalan Udara Subang dekat sini, Rabu.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia mengesan enam jenazah pesawat itu di kawasan sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun petang Selasa.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis telah menahan seorang individu yang disyaki terbabit dalam penyebaran maklumat palsu berkaitan banjir melalui media sosial.

"Dia ditahan dua hari lepas di Kuala Lumpur. Butiran lanjut mengenai penahanan ini saya tidak boleh diberikan, cuma saya nak ingatkan mana-mana individu yang sengaja menyebarkan berita palsu mengenai banjir termasuk menghasut orang ramai untuk marah kepada kerajaan berhubung kejadian ini, akan kita tangkap," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata selain memberi sumbangan berbentuk kewangan dan barangan keperluan, PDRM akan turut menggerakkan anggotanya bagi membantu membersihkan kawasan kediaman mangsa banjir.

"Buat masa ini seramai 10,000 anggota telah digerakkan untuk membantu dan kita jangka jumlah ini mungkin akan bertambah kerana selepas banjir surut, kita akan turut membantu membersihkan rumah dan bangunan-bangunan kerajaan yang kotor akibat kejadian ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: PDRM , AirAsia , Indonesia QZ8501

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan