Gelandangan: Kekal Imej Masjid, NGO Dicadang Guna Pusat Dobi – Mufti

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 12:30 PM

Dr Zulkifli Mohamad Albakri

Dr Zulkifli Mohamad Albakri. Foto Facebook Dr Zulkifli Mohamad Albakri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri mahu imej masjid sebagai tempat beribadat dan aktiviti keagamaan dikekalkan.

“Saya tak nak masjid dijadikan macam rumah. Masjid perlu dikekalkan kemasjidannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online bagi mengulas cadangan badan bukan kerajaan (NGO), Pertiwi Soup Kitchen supaya masjid di sekitar Kuala Lumpur mempertimbangkan untuk menyediakan ruang bagi menempatkan kemudahan seperti mesin basuh dan pengering baju buat golongan gelandangan.

Zulkifli berpendapat bahawa cadangan itu akan menimbulkan kebimbangan mengenai longgokan baju-baju kotor dan kesulitan di kalangan pengguna lain untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di masjid.

“Saya bimbang sekiranya perkara ini berlaku, akan ada longgokan baju-baju kotor di masjid. Itu belum lagi, orang ini datang tunggu basuh baju, orang itu longgok baju.

“Orang ini berebut nak pakai mesin basuh, orang itu kata satu mesin basuh tak cukup, perlu ada lebih banyak lagi. Jadi akan timbul macam-macam perkara nanti.

“Mungkin ruang yang ada hendak digunakan untuk pengguna masjid nak mengambil wuduk. Kita mahu masjid dijadikan tempat bersolat dan aktiviti keagamaan,” katanya.

Beliau menambah, masjid-masjid di Kuala Lumpur terutama pada setiap Jumaat akan dipenuhi dengan umat Islam untuk bersolat.

Mstar Online pada Selasa melaporkan Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid mencadangkan supaya ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat golongan gelandangan dapat disediakan di masjid-masjid di sekitar ibu negara.

Mengulas lanjut, Zulkifli berpendapat bahawa NGO tersebut boleh memikirkan cara lain yang lebih munasabah dalam soal kebersihan pakaian gelandangan.

Sebagai contoh katanya, NGO boleh menyediakan baju-baju lain untuk gelandangan sementara baju mereka dibasuh menggunakan khidmat dobi pada harga berpatutan.

“Sebelum NGO sediakan baju yang lain kepada gelandangan ini, mereka boleh tandakan baju-baju dari segi kuantiti yang diberi. Dobi ini boleh dibuat menerusi ejen-ejen pada harga yang berpatutan,” kata Zulkifli.

Bagaimanapun Zulkifli berkata, gelandangan beragama Islam yang datang ke masjid untuk tujuan bersembahyang, berwuduk dan menggunakan kemudahan untuk membersihkan sedikit diri tanpa membazir air dan mengotori kawasan dialu-alukan kerana ia merupakan hak ke atas mana-mana orang Islam.

“Ini tidak menjadi masalah, insyaAllah. Cuma, sepatutnya jagalah adab-adab berada di masjid tanpa mengotori dan mencemarkan imejnya,” katanya.

Mengenai kemudahan gelandangan untuk mandi, Zulkifli berkata, perkara itu boleh dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang lebih memahami tentang-tentang dasar-dasar berkaitan dengan masjid.

Katanya, rujukan itu termasuk cadangan Pertiwi Soup Kitchen agar ruang disediakan untuk menempatkan lokar bagi gelandangan menyimpan barang peribadi mereka.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan