MCA Terima Sumbangan RM1.1 Juta Bantu Mangsa Banjir

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 2:15 PM

Liow (tiga, kanan) bersama Duta China di Malaysia, Dr Huang Hui Kang (dua, kanan) membantu memasukan tilam ke dalam lori untuk dibawa ke pusat pemindahan mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Derma Mangsa Banjir di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA pada Rabu menerima sumbangan bernilai RM1.1 juta termasuk wang tunai dan barangan keperluan asas bagi membantu mangsa banjir di negeri terjejas.

Ia menjadikan jumlah sumbangan terkumpul yang diterima parti itu setakat ini bernilai RM2.1 juta.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata barangan itu akan disalurkan kepada mangsa-mangsa secara berperingkat.

"Setakat ini, kami telah mengumpulkan sumbangan bernilai lebih RM2 juta tetapi saya fikir kami perlukan lebih banyak lagi (sumbangan) untuk meneruskan, untuk membekalkan barangan dan air ke pusat-pusat penempatan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, Rabu.

Sumbangan wang tunai itu didermakan beberapa syarikat termasuk tiga dari negara China yang turut bersimpati dengan mangsa bencana alam berkenaan. 

Liow berkata sumbangan daripada pelbagai pihak itu menunjukkan perpaduan rakyat negara ini dalam membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.

Tags / Kata Kunci: banjir , MCA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan