Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Terjejas Menurun

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 8:19 PM

Sukarelawan dari Kementerian Kewangan bersama penduduk setempat membersihkan kawasan sekolah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut di SK Tiong, di Kota Bharu, Rabu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor dilaporkan beransur surut petang ini apabila bilangan mangsa yang dipindahkan mencatat penurunan berbanding di sebelah tengah hari.

Di KELANTAN jumlah mangsa berkurangan daripada 96,259 orang pada tengah hari kepada 95,196 orang petang Rabu, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman.

Katanya, sejumlah 24,606 keluarga masih ditempatkan di 265 pusat pemindahan di lapan daerah dengan Kota Baharu mencatatkan 24,077 mangsa, Pasir Mas (3,015), Tumpat (18,408), Tanah Merah (30,000), Kuala Krai (5,645), Gua Musang (6,493),Machang (7,366) dan Pasir Puteh (192).  

Di PERAK, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian dan Manjung menurun sedikit kepada 7,114 mangsa daripada 1,945 keluarga berbanding 7,273 mangsa daripada 1,975 keluarga.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, jumlah mangsa di Perak Tengah menunjukkan sedikit penurunan iaitu sejumlah 4,902 mangsa daripada 1,337 ditempatkan di 20 pusat pemindahan.

Di daerah Kuala Kangsar jumlah mangsa juga berkurangan kepada 1,131 orang daripada 304 keluarga, Hulu Perak (720), Kerian (321) dan Manjung (40).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir mencatat sedikit penurunan kepada 51,173 orang berbanding 51,356 orang yang ditempatkan di 244 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terlibat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah paling banyak iaitu 21,301 orang di 65 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 12,866 orang di 41 pusat pemindahan, Jerantut (5,231 orang/57 pusat), Lipis (3,478 orang/23 pusat), Maran (3,352 orang/28 pusat), Bera (3,174 orang/19 pusat), Kuantan (1,641 orang/lapan pusat) dan Rompin (130 orang/tiga pusat).

Di JOHOR, keadaan banjir di negeri ini makin pulih dengan mangsa banjir berkurangan kepada 138 mangsa daripada 32 keluarga setakat pukul 4 petang.

Sehingga kini, enam pusat pemindahan masih dibuka iaitu satu di Batu Pahat, lima di Segamat manakala 43 mangsa di daerah Batu Pahat telah pulang ke kediaman masing-masing, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor. 

Di TERENGGANU semakin ramai mangsa banjir meninggalkan pusat pemindahan dengan jumlah mangsa banjir di Terengganu tinggal 11,636 petang ini, berbanding 12,504 pada tengah hari.

Mengikut statistik MKN Terengganu, mangsa yang ada di pusat pemindahan di Dungun kini berjumlah 5,627 (sebelumnya 6,225), Kemaman 5,796 (6,063), Hulu Terengganu 3 (15) dan Kuala Terengganu kekal 210.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan