Jumlah Mangsa Banjir Di Perak, Johor Meningkat, Pahang, Terengganu Menurun

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 11:13 AM

Barangan keperluan mangsa banjir terpaksa dipindahkan menggunakan traktor ke pusat pemindahan di Kampung Pasir Garam dan Kampung Pulau Tiga Kiri.- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak dan Johor terus mencatatkan peningkatan pagi Rabu manakala di Pahang, Terengganu dan Kelantan jumlah mangsa masih tinggi walaupun Pahang dan Terengganu menunjukkan penurunan berbanding malam Selasa.

Di PERAK, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian sedikit meningkat kepada 7,748 orang daripada 2,066 keluarga berbanding 7,577 daripada 2,022 keluarga malam Selasa.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kawasan Manjung merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Mukim Lekir iaitu seramai 36 mangsa daripada lima keluarga yang dipindahkan ke satu pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,891 mangsa, diikuti Kuala Kangsar (1,706 mangsa), Hulu Perak (794 mangsa) dan Kerian (321 mangsa).

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga di Batu Pahat, Segamat.

Di KELANTAN setakat 10 pagi, tiada maklumat terkini diperoleh dengan 110,747 mangsa direkod malam tadi yang melibatkan 28,880 keluarga di 255 pusat pemindahan. 

Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 51,356 orang berbanding 51,484 orang di 254 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kotinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu 21,303 mangsa di 65 pusat.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 11,926 mangsa, Jerantut (5,328 mangsa), Maran (3,352 mangsa), Kuantan (3,402 mangsa), Bera (3,061 mangsa), Lipis (2,818 mangsa) dan Rompin (166 mangsa).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 15,975 orang berbanding 24,894 orang malam Selasa.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah tersebut, Kemaman menempatkan 9,046 mangsa, Dungun (6,713 mangsa), Kuala Terengganu (201 mangsa) dan Hulu Terengganu (15 mangsa).

Sejak banjir melanda negeri ini kira-kira dua minggu lalu, buat pertama kali cuaca kelihatan cerah pagi Selasa.



Tags / Kata Kunci: banjir , Pantai Timur , Johor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan