Kerajaan Sangkal Dakwaan Tidak Utamakan Bantuan Bencana Negara

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa kerajaan tidak memberi keutamaan kepada bantuan bencana negara dan hanya menyediakan RM9.3 juta bagi peruntukan pengurusan bencana dalam Bajet 2015 adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar.

Beliau berkata peruntukan RM9.3 juta yang dirujuk dalam dakwaan itu sebenarnya hanya merupakan peruntukan belanja mengurus yang disediakan untuk membiayai kos pengurusan Bahagian Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti pembayaran gaji dan elaun kakitangan.

Katanya dana untuk menghadapi bencana telah disediakan di bawah Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Bencana Negara yang diuruskan MKN.

"Untuk makluman, baki tabung ini pada 15 Dis 2014 (sebelum banjir berlaku) adalah berjumlah RM217 juta.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM70 juta sebagai tambahan ke dalam tabung tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini bagi menyangkal dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Mohd Irwan berkata di samping dana sedia ada dalam tabung berkenaan, Kementerian Kewangan juga telah menyalurkan peruntukan khas melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM50 juta pada 24 Dis lepas yang dikendalikan Pejabat Pembangunan Negeri.

"Selanjutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Dis telah meluluskan tambahan dana berjumlah RM500 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang diuruskan oleh MKN.

"Dengan penjelasan ini, Kementerian Kewangan berharap rakyat mendapat maklumat yang tepat dan jelas mengenai peruntukan bagi pengurusan bencana," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Banjir , Bencana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan