Gantian Dokumen Mangsa Banjir Percuma - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 1:55 PM

Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang kehilangan sijil kelahiran, kad pengenalan atau lain-lain dokumen pengenalan diri akibat bencana itu akan diberikan gantian secara percuma.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mereka boleh membuat gantian itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), apabila keadaan banjir pulih kelak.

"Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, JPN di talian 03-88807077, 03-88807067, 03-88807069 dan 03-88808206 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Zahid juga berkata, kementerian menerusi jabatan serta agensi di bawahnya telah mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir yang berhadapan situasi sukar akibat bencana alam itu.

Katanya, ia dilakukan menerusi gerak kerja Jabatan Pertahanan Awam, penglibatan sukarelawan Jabatan Imigresen, penyelarasan dan kawal selia oleh Polis Diraja Malaysia serta khidmat sokongan dan bantuan jabatan dan agensi lain.
Tags / Kata Kunci: banjir , sijil lahir , kad pengenalan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan