Banjir: 529 Tan Metrik Barangan Bantuan Telah Disalur

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPUNG GAJAH: Sebanyak 529 tan barangan keperluan telah disalurkan melalui Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang ke negeri yang dilanda banjir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagi memudahkan pengagihan bekalan untuk negeri yang terlibat dengan bencana banjir, tiga pusat kecil pengumpulan bekalan diwujudkan di Tambun, Perak; Alor Setar, Kedah dan Batu Berendam, Melaka.

Katanya barangan yang dikumpulkan di TUDM Subang akan dihantar ke pusat kecil berkenaan sebelum diagihkan.

"Ini juga untuk memudahkan orang ramai menyampaikan sumbangan (di pusat pengumpulan) kerana ramai nak bagi sumbangan tetapi tidak tahu di mana," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Pusat Pemindahan Banjir Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak di sini, Rabu.

Beliau juga berharap ramai sukarelawan akan tampil membantu mangsa banjir terutamanya semasa pasca banjir.

"Kalau ATM (Angkatan Tentera Malaysia) saja yang dah gerakkan 5,000 anggota, saya harap sukarelawan 10 kali ganda lah," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata setakat hari ini, seramai 20,500 veteran dan bekas tentera dikenal pasti terjejas dengan banjir dan kerajaan akan membantu meringankan beban mereka.

"Usaha kita adalah untuk membantu membaik pulih rumah mereka. Kita akan manfaatkan dana sebanyak RM6.9 juta di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan saya telah luluskan RM10 juta lagi peruntukan sedia ada bagi bantuan kepada veteran dengan kadar RM500 kepada setiap keluarga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan