Kapal Perang AS Sertai Misi Pencarian Pesawat QZ8501

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 9:41 AM

Kapal USS Sampson.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Misi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan pada Selasa dengan tentera laut Amerika Syarikat (AS) menyertai operasi tersebut pada hari ketiga.

Kementerian Pertahanan Nasional China turut memberitahu Beijing akan menghantar pesawat dan kapal untuk menyertai operasi mengesan pesawat QZ8501.

Menurut laporan The Guardian, USS Sampson diberi kuasa untuk menyertai misi tersebut.

Tentera Laut AS sedang bekerjasama dengan kerajaan Indonesia untuk mengenal pasti 'keupayaan jentera tambahan' yang terbaik bagi membantu usaha pencarian mereka.

USS Sampson, kapal pemusnah peluru berpandu berpangkalan di San Diego dijangka tiba di lokasi nahas pada Selasa.

Kapal perang AS itu turut menyertai beberapa kapal lain, pesawat dan helikopter dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Kawasan pencarian turut diperluas ke darat yang membabitkan bahagian barat wilayah Kalimantan Barat.

Pesawat QZ8501 hilang dari radar pada pagi Ahad, 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura.
Tags / Kata Kunci: USS Sampson , QZ8501 , AirAsia Indonesia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan