Banjir: Bomba Harungi Pelbagai Ujian Bantu Mangsa

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Banjir besar melanda Kelantan kali ini jelas memberi pengalaman baharu dan cabaran buat beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugas menyelamatkan mangsa banjir.

Menceritakan pengalaman sepanjang operasi menyelamat mangsa banjir, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zin berkata ada satu ketika beliau terpaksa berdepan dengan orang kampung yang dicengkam emosi selepas pihaknya lewat tiba untuk memberi bantuan.

"Memang ia pengalaman baharu, saya dan anggota bomba lain ditegur orang kampung kerana kami lewat tiba.

"Mereka tidak tahu sebelum itu kami perlu menyelamatkan 300 orang di kawasan lebih kritikal berikutan air naik secara mendadak," katanya.



Rakan sekerjanya, Wan Asri Wan Yaacob, berkata pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika bot dinaikinya ditolak arus deras sehingga terbabas daripada destinasi yang dituju pada Jumaat lalu.

"Ketika itu kami sedang membantu penduduk di Kampung Mata di Machang, namun keadaan air yang sangat deras menyebabkan bot yang saya naiki terbabas ke seberang sungai hingga ke Kampung Kursial, Tanah Merah," katanya.

Menurutnya, bot yang dinaiki bersama tiga rakan setugas dan tiga mangsa banjir terkandas dan terputus hubungan dengan anggota penyelamat lain.



"Selama berada di situ, saya terpaksa menahan lapar kerana bekalan makanan yang ada di atas bot diberikan kepada penduduk yang berada bersama-sama kami," kata Wan Asri.

Beliau turut melalui situasi terpaksa tidur di tepi jalan sambil menahan kesejukan kerana tiada tempat lain untuk berteduh.



Tags / Kata Kunci: Bomba , Banjir , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan